'Orang yang ingin BERJAYA, datangnya dari orang yang biasa-biasa dan akan jadi orang yang LUARBIASA'

JAGALAH PERIBADIMU, BIAR IA INDAH TERPELIHARA MEWANGI DENGAN KUNTUMAN IMAN YANG BERKEMBANG MEKAR DISALUT TAQWA KEPADA ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN.

"Ilmu itu PELITA hidup, belajar dalam belajar...
belajar kerana ALLAH dan RASULNYA :) "

Thursday, 10 August 2017

Wafa baru muncul..

Assalammualaikum WRT

Alhamdulillah baru dapat bersua, tk tau berapa lama da tk login blog, bru ingt password yang betul. 1st skali saya minta maaf sebab lama tak update apa2 status saya di blog. Alhamdulillah saya skrg telah masuk ke alam pekerjaan. Lebih kurang 2 tahun sudah lah berkhidmat sebagai 'cik misi'.. hahaa.. And da menjadi isteri orang pada 17 December 2016. OMG, tak sangka semua berlalu begitu cepat. Pejam celik pejam celik, kehidupan berubah 360 darjah.

Agak lama juga la tak mencarut dalam blog saya ni, walaupun rasanya mungkin tiada org yg baca >.<
abaikan ja la.. blog saya, suka hati saya nak luah apa-apa.. haha
hmm..apa lagi ya nak dicakap?? jrang suda buat penulisan kan. SO agak kekok lah utk bercerita. InshaaAllah lepas ni kalau ada masa saya akan cuba share apa-apa benda yang berfaedah utk bacaan bersama. Itu sajalah setakat ini. DI sini saya sertakan gambar terbaru saya >.<
Bersama suami time kahwin dulu. tapi wajah saya kaburkan sebab saya da mula berjinak-jinak dgn dunia niqabis..hehe, doakan saya moga istiqomah =)


*doakan moga rumah tangga kami berkekalan hingga ke jannah =)
17 December 2016

Sunday, 28 September 2014

blog mencarut,, sila abaikan, klu mls baca..HEHE XD

Asalammualaikum wrt XD
hai apa khabar u ollss? Iman? Naik turun ker..? Tk pa la.. biasa tu..manusia biasa, no body perfect. Hidup ni umpama roda, kjp kat atas, kjp kt bawah. Apapun, kna sllu la refresh iman tu, topupkan dia..
Sama2 refleksikan diri ya =)
Agak lama tk mnulis dalam blog ni kan, maaf la sy bru muncul, da brpa thun,, eh, smpai sthun ka? Haha.. malam ni tk da nk share, cma nk byk mencarut.. tetiba rajin update blog, besanya, sy rjin update kt fb, moments dn main wassap. Kali ni blog la pla ya, inshaaAllah, sy akan usaha mengaktifkan blog ini..mulanya nk aktif update blog ni masa newer lg, last2 lupa password, mls cri, then smpaila ke hri ini, bru terrajin buka dn update. HEhe..ow ya hri tu last update masa sy amik form 6 kan, skrg ni tk da..smbung dip nursing under KKM, last year, inshaaAllah, kalau tk extend, jd cik misi da..doakn ya. Ow ya, lupa nk gtau, lusa sy ada paper, research, doakan jga ya, k la.. hbis da mencarut, hehe.. tnx singgah baca, nak bls? Komen je kat bawah.. =)
K la, nk tidur, bye2,, assalamualaikum wrt..

Thursday, 1 March 2012

Ketika Cinta Bertasbih

Bismillahirrohmanirrohim..





Assalammualaikum WBt.

Wahai pemuda..
sandarkan rasa cintamu pada yang layak menerimanya..
Wahai pemudi..
curahkan kasihmu pada Dia yang telah menganugerahkan rasa cinta kepadanya..
Aku tahu, berat..berat.. dan berat untuk menanggung perasaan dengan seseorang.

Walau pada zahir tidak kelihatan,
namun batin keberatan..
Pendamkan perasaan mu, pendam sependamnya.
Biarkan ia terus terkubur dalam dasar hati yang kejauhan.
Allah cuba untuk mengujimu..
Menguji rasa cinta yang pernah kau ungkapkan pada-Nya.

AKU SAYANG ALLAH..
AKU SAYANG ALLAH..

Kalimah cinta yang telah kau lafazkan..
dimana ketabahan mu dalam menghadapi ujian,
sedangkan kau katakan dirimu seorang yang sabar.
Wahai pemuda,
jangan engkau kotori rasa cinta yang suci kepada yang caci..
jangan engkau taburi fitrah kepada yang fitnah..

Cinta itu SUCI,
yang dianugerahkan daripada Yang Maha Suci,
Cinta itu bersih,
jangan engkau kotori dengan iringan dosa sendiri,
Cinta itu HAPPY,
jangan engkau tukari dengan sedih..

Tika dinihari,
Kau lafazkan kata-kata 'suci'
kepada 'dia' yang tak pasti,
fikir-fikirkan duhai pemuda dan pemudi yang dikasihi.

Jangan biarkan sang jodoh kekasih yang ditetapkan Ilahi
untuk mendapat sisa kasih yang pernah kau nodai,
YA..Ya.. pasti hati memberontak..
Melihatkan orang ber'couple'..
hati teringin..
Melihat orang berkasih-kasih..
hati teringin..

Utamakan cinta si 'DIA' Yang Maha Hakiki.
Kerna DIA, engkau hidup di bumi.
Kerna DIA, engkau dapat nikmat sendiri.
Kerna DIA, engkau dapat kasih sayang daripada ibu bapa yang pengasih.

Usah engkau khuatiri,
jika engkau menginginkan si'dia' yang tertaut di hati,
Dekatkan diri pada yang Ilahi,
perbanyakkan doa memohon 'dia' di sisi.
InsyaAllah, jika engkau sandarkan kasih kepada 'dia' kerana Ilahi,
Allah pasti pertemukan..
jika tidak,, jangan dikhuatiri..
PASTI ADA YANG TERBAIK MENEMANI DI SISI.. :)





hasil sendiri : ainul_mardhiah10

Monday, 27 February 2012

[ Renungan Seketika ]


Bismillahirrahmanirrohim . . .




Kita pasti dirisik,
pertunanagn sejak azali
Di hujung hiduo nanti,

Berlangsungnya perkahwinan dengan maut..Hantarannya sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..

Pengantin dimandikan.. dipakaikan baju cantik putih..
wangian gaharu dan cendana..
keranda jadi pelamin,
pengantin bersanding sendirian,,

Diarak keliling kompang..
berkompangkan yassin dan kalimah
kudus.. Akad nikahnya bacaab talkin..
berwalikan liang lahad.

Saksi pula nisan-nisan..
siraman air mawar jadi renjisan,
keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin, menunggu bersendirian.

Malam pertama bersama KEKASIH,
di kamar bertilamkan tanah..
dan DIA menuntut janji..
sucikah kita tatkala bersepadu?

Pernahkah taubat sepanjang hayat?
atau terkubur bersama-sama dosa-dosa..
dan DIA KEKASIH itu,,
menetapkanmu ke SYURGA
atau melemparkan dirimu ke NERAKA... (Nau'zubillahiminzalik..)

Salam Taa'ruf :)

 بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

~ Assalammualaikum wbt,, :) ~

Salam taa'ruf semua.. Alhamdulillah,, berdiri segar di medan blog yang masih baru berjinak-jinak dengan dunia ni.. ( tunjuk ajar ku sifu...) hihi,, mcm mentor pulak.. Sebenarnya ana ada blog sebelum blog ni, tp da lupa da email dn passwordnya, lagi pun time tu ana tk tahu mcm mna nk guna blog.. daassaat kan,, hihi..
ok,, sekrang sesi taa'ruf kn,, apa kata bhsa slanga semenanjung.. (biaq la saye memperkenalkan diri...) tapi cukup untuk yang asas jer tau,, tak boleh lebih-lebih..

Kenali diri ana ~ :)
Nama penuh : Nur Wafa Binti Amsain

Nama comey.. :) : fah.. (ana suka kalau orang panggil ana 'fah...' comey....

Tarikh Lahir : 3/4 (tahun kelahiran dirahsiakn..cari sendiri..hihihi)

Tempat lahir : Hospital Semporna ( kaam lu,, asal sampulnak baini..)

Cita-cita : Paling utama = Guru  Second = Pensyarah :)

Mentor hati : Nabi Muhammad SAW.. (Baginda hero ana...dan semestinya kalian pn kan...sama2 selawat       'Allahumma solli 'ala saidina muhammad')

Ayat yang ana suka ialah... : Uhibbuki Fillah wa Rasulullah ya ukhti... ( ini khusus untuk sahabat muslimah jer yea..hihi -ketawa sopan)

--> rasanya cukup itu saja la bha kan...diri tk nak glamour sngt,, da cukup glamour da..hoho XD
p/s = maaf jika ada ter'kasar' bhsa kata kat ats yea..hihii,, ana memang mcm ni..
ok, thats all about me..nothing special larh... :)


Ni picture ana yang dah diedit TAK BOLEH copy2 tau,, HARAM BERDOSA MASUK NERAKA - kata ustaz fahmi yang mengajar kat smk agaseh,,hihi...(juz joke...) :
(Gambar yang diedit, ketika majlis oreintasi form 1 kt smk agaseh )

Salam taa'ruf buat sahabat di luar sana :)


Keheningan Solat Subuh


Embun pagi menemani kekudusan hati,
Terdengar suara sayup-sayup subuh menyapa telinga sepi,
Mengejutkan jasad yang syahid sejenak dari nikmat keletihan,
Berat dek nafsu yang enggan berlalu mengambil air yang suci,
Namun kukuatkan rasa hati niat
kerana menghadap pencipta diri Yang Maha Ilahi

Berdiri teguh jasad merendah diri,
Dimulakan dengan takbir serta niat yang suci,
Getaran bibir membisikkan iftitah sebagai penghadap Kekasih,
Fatihah kumulai dengan hayatan erti,
Yang menitikan bait-bait kata yang tersembunyi.

Dituruti dengan rukuk tanda pengakuan
kepada Allah yang maha mulia,
Sujud subuh membingkaskan diri dari kealpaan mengingatkan duniawi,
Membuktikan manusia sedar akan hakikat keagungan Ilahi,
Duduk antara sujud kuturuti dengan memohon
pengampunan dan kerahmatan kepada Dia yang maha kaya.

Tahiyat dibaca menandakan penghargaan kepada rasul-rasul sejati,
Harum nama Muhammad meniti getaran delima bibir,
Mengutuskan selawat pengingatan tentang
perjuangan islam warisan manusia sepanjang zaman,
Salam dan sejahtera kupalingkan
ke kanan dan ke kiri,
Kusudahi dengan zikir dan doa kepada yang Rabbani,
Tanda diri lemah yang menuruti.

                                         

Cinta Syuhadah



Setelah selesai memberikan perkongsian dan pengisian dalam usrah dengan sahabat-sahabat di teratak Marhalah, Nurul Syuhadah menyentuh tentang program yang akan diadakan pada minggu hadapan bersempena Minggu Refleksi Remaja Islam (MRRIS) di Sekolah Menengah Sains Islamiah.
        “Alhamdulillah, begitu banyak ilmu yang dikongsikan bersama, seterusnya kita akan berbincang tentang program yang bakal kita adakan. Oleh itu, ana sangat mengalu-alukan kepada semua sahabat untuk mengemukakan sebarang cadangan,idea atau penambahan lantaran aktiviti-aktiviti yang dibincangkan pada minggu yang lalu. InsyaAllah, nanti pada malam ini, kita akan mengadakan satu perjumpaan bersama Mursyidul Am bagi menyelesaikan dan mengatur program dengan baik”, kata Nurul Syuhadah dengan lembut kepada sahabat-sahabatnya.
        “Bagaimana dengan pelaksanaan program pada sebelah malam?”, soal Siti Aisyah.
        “Maaf, mohon mencelah. InsyaAllah, selepas solat Isyak dan khidmat diri, muslimin dan muslimat akan berkumpul di Dewan Perdana pada jam 8.00 malam hingga jam 11.00 malam untuk mendengarkan Kuliah Dasar pada waktu malam hari pertama,kedua dan ketiga. Seterusnya pada hari berikutnya, Ajk muslimin akan mengambilalih bagi menjalankan aktiviti Malam penghayatan”, celah Nurul Izzah yang merupakan salah seorang Ajk muslimat kelab Al-Insani setelah difahamkan tentang program MRRIS ketika bertemu dengan Ustaz dan Ustazah jemputan untuk menyampaikan ceramah nanti.
            Seperti yang dirancang, perjumpaan ahli jawatan kuasa dalam Kelab Al-Insani bersama Mursyidul Am iaitu Ustaz Khairul Aman yang diadakan di Bilik Talaqi yang tidak kurang jauhnya dari Marhalah muslimin dan muslimat diadakan. Ajk-ajk muslimin dan muslimat saling bertukar idea untuk mengatur program yang bakal dikendalikan pada minggu hadapan. Di Sekolah Menengah Sains Islamiah, Kelab Al-Insani merupakan persatuan yang wajib bagi semua pelajar yang berdaftar. Ia juga merupakan satu persatuan Ko-Kurikulum sekolah. Pelbagai program yang diadakan memberikan keinsafan dan ilmu-ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Muhammad Iqram Husyaidi itulah nama bagi presiden dan Nurul Syuhadah merupakan timbalan presiden bagi muslimat dalam Kelab Al-Insani. ‘Indahnya hidup berjemaah’ cetus hati Nurul Syuhadah setelah selesai bermesyuarat tadi. Dia teringat ketika berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Teratai dimana pada ketika itu dia berada dalam tingkatan tiga, persatuan atau kelab seperti Kelab Al-Insani tidak diadakan di sekolah tersebut. Dia berasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat berada di Sekolah Menengah Sains Islamiah yang pada mulanya dia tidak pernah mengenal islam dan jauh sekali untuk mengamalkannya. Ayahnya merupakan seorang peguam dan terpaksa berhijrah dari kota raya Kuala Lumpur ke Jitra,Kedah. Hati Nurul Syuhadah berbisik ‘Begitu indah takdir Allah, walaupun telah dipisahkan dengan sahabat-sahabat di Sekolah Menengah Kebangsaan Teratai, aku masih mendapat teman yang lebih baik dan memahami’. Terbayang akan wajah Halimah,Kuzza dan Fitri teman-temannya yang hampir membawanya ke lembah sosial. Seterusnya terbayang akan wajah Siti Aisyah, sahabat sejatinya yang banyak membantu dalam permasalahannya sepanjang berada di Marhalah. Pada mulanya Nurul Syuhadah tidaklah seperti yang kini yang bertudung labuh,bersarung tangan dan kaki, sahabatnya Siti Aisyah itulah yang banyak membimbing dia. Bukan tidak mahu untuk mempelajari ilmu agama, namun hati dan mata yang masih kabur untuk menjejaki ilmu-Nya. Sebelum menjejakkan kaki ke sekolah tersebut, dia agak janggal dengan tudungnya yang pendek, kakinya yang tidak berstokin dan bajunya yang sendat dan pendek lengan. Kini, Nurul Syuhadah berbeza dari yang dulu.
            Pernah dia terdengar perbualan rakan-rakan di Marhalah, “eh, aku macam tak percaya si Hadah dah betul-betul berubah. Malah lebih baik dari kita”, kata salah seorang rakan yang berceritakan tentang dirinya.
          “A’ahlah. Tengok sekarang, dia dah jadi ketua muslimat, subhanallah, Allah pilih dia untuk terima hidayah-Nya”,  balas rakannya yang turut bercerita tentang diri Nurul Syuhadah. Dia tidak pernah untuk berasa supaya dikagumi dan menjadi topik bualan mulut tentang dirinya. ‘Nau’zubillah,ya Allah,jauhkan diri ini dari sifat riak,ujub dan sombong’ , getus hatinya. Apa mungkin Allah S.W.T ingin menguji dirinya? Atau ingin mengangkat darjatnya? Wallahu’alam. Memang manusia tidak akan lepas daripada setiap ujian-Nya. Pada keesokkan paginya, seperti biasa dalam sesi persekolahan, Nurul Syuhadah dan Siti Aisyah menuju ke bilik darjah sambil bercerita. Tiba-tiba dari belakang, Mohd Rizwan memanggil nama Nurul Syuhadah yang merupakan salah seorang ahli jawatan kuasa muslimin
         “Hadah, Hadah, kejap. Asif ana nak bagi sesuatu”.
         “Ada apa akhi?” balas Nurul Syuhadah dengan nada yang kurang selesa terhadap tingkah laku Mohd Rizwan yang memanggil-manggil namanya di hadapan ramai pelajar. Bukan dibenci dan bukan dicaci, fitnah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sudah menjadi adat manusia,mendengar,melihat dan mentafsirkan, tanpa usul periksa fitnah terus ditaburkan.
         “Nah, surat!” Mohd Rizwan terus menghulurkan sepucuk surat yang bersampul warna biru lalu bergegas meninggalkan Nurul Syuhadah dan Siti Aisyah. Siti Aisyah terkebil-kebil menyaksikan tingkah laku Mohd Rizwan yang begitu berani memberi surat kepada Nurul Syuhadah tanpa segan silu. Muka putih Nurul Syuhadah bertukar menjadi merah kerana malu terhadap perbuatan Mohd Rizwan tadi. Dia lalu menyelitkan surat yang bersampul biru ke dalam buku chemistrynya dan terus menarik tangan Siti Aisyah supaya bergegas pergi dari tempat laluan pelajar itu. Nurul Syuhadah berdiam diri. Dia tahu surat pasti daripada Muhammad Iqram Husyaidi. Termasuk surat bersampul biru tadi, sudah lima kali Muhammad Iqram Husyaidi mengirimkan surat kepadanya,namun, Nurul Syuhadah endah tak endah sahaja dengan kehadiran surat tersebut. Siti Aisyah yang menyaksikan kehadiran surat tersebut lalu bertanya kepada Nurul Syuhadah
          “ Hadah, surat apa yang si Rizwan bagi tadi? Tak pernah-pernah pun ana tahu yang si Rizwan tu syok kat enti”, soal Siti Aisyah yang berpura-pura tidak tahu sedangkan sebelum ini sudah berapa pucuk surat yang dikirim oleh Muhammad Iqram Husyaidi telah diberitahu oleh Nurul Syuhadah kepadanya. Siti Aisyah cuba mengusik Nurul Syuhadah dengan ketawa kecil dan sopan. Nurul Syuhadah bertambah geram lalu dia mengambil surat yang diselitkan tadi tanpa membaca isi surat tersebut dan terus dibuang ke dalam tong sampah.
         “Aisyah, ana geram dan tak suka kalau begini cara presiden kita, ia takkan sesekali boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang presiden apalagi kalau pelajar sekolah kita tahu. Beginikah ciri-ciri muslimin yang soleh? yang bakal menjadi ketua keluarga? tahu tak dengan menggunakan cara inilah yang boleh menjatuhkan kedudukan muslimin di mata muslimat. dimana ikhtilat yang  sering diperkatakan oleh mereka? ini bukan ciri-ciri kepimpinan seorang pemimpin. Jangan disebabkan seorang muslimat, boleh melalaikan dia dari mengejar cinta Allah. Cinta Allah itu yang paling utama”, tegas Nurul Syuhadah. Siti Aisyah yang tekun mendengar luahan sahabat kesayangannya itu, sangat memahami Nurul Syuhadah yang telah banyak diuji dengan kehadiran  muslimin yang sering menghantar surat cinta kepadanya. Dua minggu selepas peristiwa itu, Muhammad Iqram Husyaidi berasa gelisah. Surat demi surat dikirim tiada balasan. Lalu dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Nurul Syuhadah. Ketika itu, Nurul Syuhadah menanti giliran untuk mengambil makanan di Dewan Selera. Tanpa segan silu, Muhammad Iqram Husyaidi mendapatkan Nurul Syuhadah untuk bercakap dengannya.
          “Syuhadah, kenapa enti tak balas surat ana? apa akhi Rizwan tak pernah hantar surat yang ana tulis kepada enti?” tanyanya dengan nada yang tidak puas hati terhadap Nurul Syuhadah. Nurul Syuhadah terpinga-pinga. Dia melihat kelibat rakan-rakan yang lain kalau-kalau ada yang menyaksikan perlakuan Muhammad Iqram Husyaidi terhadap dirinya. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Pernah terlintas di fikiran ketika pertama kali menerima surat daripada presidennya itu, dia tidak percaya bahawa Muhammad Iqram Husyaidi menuliskan surat tersebut kepadanya. Namun menyaksikan perlakuan tadi, hancur berkecai hati Nurul Syuhadah untuk mempercayai kepimpinan Muhammad Iqram Husyaidi. Terasa ingin menampar dan menumbuk-numbuk pipi presiden Kelab Al-Insani itu. Lantas dia berpaling dan tidak mengendahkan pertanyaan Muhammad Iqram Husyaidi. Nurul Syuhadah tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menarik minat lelaki itu. Dia memandang tinggi dan menghormati kepimpinan yang ada pada diri lelaki itu. Bukan mudah untuk mendapatkan jawatan presiden Kelab Al-Insani dan untuk memilih presiden sekali gus ketua seluruh pelajar bukan calang-calang orangnya. Nurul Syuhadah sedar, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Mungkin itu kelemahan Muhammad Iqram Husyaidi. Ikhtilat, ikhtilat dan ikhtilat. Walaupun hanya dalam perkataan, namun besar maknanya kepada muslimin dan muslimat. Selagi tiada hubungan yang dibenarkan oleh syariat (pernikahan), lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh sesuka hati untuk bergaul secara bebas. Islam bukan mengharamkan atau menghukum umatnya supaya tidak bergaul dan bukan menghalang manusia untuk hidup bermasyarakat tetapi pergaulan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram ada batas-batas yang telah ditetapkan. Begitu indahnya islam, agama yang suci dan terpelihara menekankan tentang pergaulan lelaki dan perempuan. Agama yang menjaga kita. Subhanallah..
Peperiksaan SPM semakin hampir. Pelajar tingkatan lima bertungkus lumus bagi persediaan peperiksaan nanti. Nurul Syuhadah dan Siti Aisyah  merupakan pelajar harapan dan sentiasa bersaing. Pernah dalam peperiksaan semester pertama, tempat pertama dalam keseluruhan tingkatan lima dikongsi antara Nurul Syuhadah dan Siti Aisyah. Sehinggakan ada sebilangan guru-guru menyakat mereka,
“Agaknya kalau Hadah kahwin nanti, mungkin Aisyah madunya sebab diorang ni tak pernah berpisah. Ke mana-mana sahaja Aisyah pergi, Hadah mesti ada”, gurau guru-guru yang pernah menyakat mereka. Tetapi bagi mereka, kalau memang itu takdir Nurul Syuhadah dan Siti Aisyah untuk bermadu, tidak mengapa. Siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menidakkan takdir Yang Maha Kuasa. Terciut juga hati Siti Aisyah, sekurang-kurangnya biarlah dia mencontohi srikandi sejati seperti Saidatina Siti Khadijah yang hidupnya tidak pernah dimadukan oleh Rasulullah S.A.W.. Nurul Syuhadah juga begitu. Dia berasa kagum dengan sahabatnya itu. Siti Aisyah tegas orangnya. Nurul Syuhadah lembut orangnya. Pernah dia membaca sebuah novel ‘Tautan Hati’ karya Fatimah Syarha watak utamanya Asiah Yusra dan Elya Khadijah, Nurul Syuhadah menggelarkan dirinya Elya Khadijah srikandi Abu Bakar manakala Siti Aisyah pula ialah Asiah Yusra srikankdi Umar.
“Hadah, jalan cerita dalam novel ini, lebih kurang sama macam kehidupan seharian kita di Marhalah ni kan?”, jengah Siti Aisyah.
“Peras santan,perasan! you ni Aisyah”, gelak comel Nurul Syuhadah dan diikuti oleh Siti Aisyah. Hampir dua tahun persahabatan antara Nurul Syuhadah dan Siti Aisyah dijalin. Sungguh indah. Teringat firman Allah S.W.T dalam surah Az-Zukhruf ayat 67 yang bermaksudnya : ‘Pada hari itu sahabat-sahabat karib, sesetengah akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain,kecuali orang-orang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)’. Indahnya perhubungan jika disandarkan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Hampir dua bulan selepas kejadian Muhammad Iqram Husyaidi tidak mengutus surat kepada Nurul Syuhadah yang masih tidak memberi jawapan apa-apa. Nurul Syuhadah pernah meluah masalah ini kepada Ustazah Syarifah yang merupakan isteri Ustaz Khairul Aman meminta agar Ustaz Khairul Aman sentiasa menekankan soal ikhtilat kepada muslimin dan muslimat dalam penyampaian ilmu. ‘Alhamdulillah’ bisik Nurul Syuhadah. Mungkin Muhammad Iqram Husyaidi tidak lagi mengutus surat cinta kepadanya. Dia mahu hubungannya dengan presiden Kelab Al-Insani kembali seperti dulu. Bertemu dan bercakap sahaja jika ada urusan yangyang penting  berkaitan dengan jemaah Kelab Al-Insani. Hidup dalam jemaah banyak membimbing dia untuk berorganisasi dalam islam sudah menjadi darah daging Nurul Syuhadah. Tanpa jemaah, bagaimana islam itu terbentuk dalam satu masyarakat yang memperjuangkan islam lebih-lebih lagi pada dunia moden hari ini. Memang banyak cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh.
                                              ~ TAMAT ~