'Orang yang ingin BERJAYA, datangnya dari orang yang biasa-biasa dan akan jadi orang yang LUARBIASA'

JAGALAH PERIBADIMU, BIAR IA INDAH TERPELIHARA MEWANGI DENGAN KUNTUMAN IMAN YANG BERKEMBANG MEKAR DISALUT TAQWA KEPADA ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN.

"Ilmu itu PELITA hidup, belajar dalam belajar...
belajar kerana ALLAH dan RASULNYA :) "

Monday 27 February 2012

Keheningan Solat Subuh


Embun pagi menemani kekudusan hati,
Terdengar suara sayup-sayup subuh menyapa telinga sepi,
Mengejutkan jasad yang syahid sejenak dari nikmat keletihan,
Berat dek nafsu yang enggan berlalu mengambil air yang suci,
Namun kukuatkan rasa hati niat
kerana menghadap pencipta diri Yang Maha Ilahi

Berdiri teguh jasad merendah diri,
Dimulakan dengan takbir serta niat yang suci,
Getaran bibir membisikkan iftitah sebagai penghadap Kekasih,
Fatihah kumulai dengan hayatan erti,
Yang menitikan bait-bait kata yang tersembunyi.

Dituruti dengan rukuk tanda pengakuan
kepada Allah yang maha mulia,
Sujud subuh membingkaskan diri dari kealpaan mengingatkan duniawi,
Membuktikan manusia sedar akan hakikat keagungan Ilahi,
Duduk antara sujud kuturuti dengan memohon
pengampunan dan kerahmatan kepada Dia yang maha kaya.

Tahiyat dibaca menandakan penghargaan kepada rasul-rasul sejati,
Harum nama Muhammad meniti getaran delima bibir,
Mengutuskan selawat pengingatan tentang
perjuangan islam warisan manusia sepanjang zaman,
Salam dan sejahtera kupalingkan
ke kanan dan ke kiri,
Kusudahi dengan zikir dan doa kepada yang Rabbani,
Tanda diri lemah yang menuruti.

                                         

No comments:

Post a Comment